Sunday, January 20, 2008

Mesyuarat Kelima Sempena Sambutan Jubli Perak

Berikut adalah maklumat mengenai mesyuarat kelima yang akan diadakan:

Tarikh: 23 Januari 2008
Hari: Rabu
Masa: 2.00pm
Tempat: Bilik mesyuarat di Restoran NZ Wangsa Maju (tempat meeting ke-4)

Tuan Presiden telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat ditempat yang sama memandangkan sewa tempat lebih murah dan sesuai. Bagi AJK yang mengalami kesukaran untuk sampai, bolehlah menaiki LRT Putra dan turun di Wangsa Maju dimana akan ada AJK-AJK yang akan menjemput anda. Bagi yang bercadang untuk menaiki LRT, sila maklumkan kepada saya lebih awal supaya dapat saya uruskan. Saya boleh dihubungi di 01[tiga]-384 3484.

Memandangkan jawatankuasa Jubli Perak telah bermesyuarat bersama pengetua pada Sabtu yang lalu, mesyuarat kali ini sangat penting untuk membincangkan langkah-langkah seterusnya. Apatah lagi tarikh majlis yang dicadangkan telah dipinda sebulan lebih awal. Jadi amat diharapkan semua AJK dan bukan AJK dapat hadir ke mesyuarat kali ini.

Sekian, Terima Kasih

Best Regards,
sherrina
Penolong Setiausaha
Jawatankuasa Jubli Perak MRSM Terendak

No comments: