Wednesday, August 29, 2007

Sunday, August 26, 2007

Minit 26 Ogos 2007

Tarikh: 26 Ogos 2007
Masa: 5.30pm - 9.30pm
Tempat: Rumah Iskandar di Bandar Seri Putra
Hadirin:

  • Iskandar Syahril
  • Zahir
  • AD
  • Zaky
  • Akim
  • Max
  • Sherry
  • Payat
Agenda:
  • Kutipan Yuran

Iskandar akan declare berapa jumlah kutipan yuran sehingga ke hari ini

  • Tarikh Reunion
Telah ditetapkan bahawa tarikh reunion jatuh pada hari Sabtu, 10 November 2007
  • Tempat Reunion
Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk memilih Port Dickson sebagai destinasi program reunion kali ini. Ianya dijangka diadakan di Glory Beach Resort dimana hadirin akan bermalam selama satu malam disana.
  • Aktiviti Reunion
Antara aktiviti
yang bakal dijalankan ialah hi-tea, dinner, breakfast dan sukaneka
  • Dinner Reunion
Tema dinner ialah Sambutan Aidilfitri. Hadirin diminta berpakaian sesuai dengan tema. Antara aturcara program ialah ucapan aluan, makan, karaoke, cabutan bertuah, sesi mengimbau kenangan nostalgia dll
  • Yuran
Yuran seperti yang telah diumumkan ialah RM10 sebulan bersamaan RM120 setahun. Manakala yuran bagi mereka yang ingin membawa pasangan ialah RM80 seorang. Kanak-kanak adalah percuma
  • Banner
Mesyuarat secara sebulat suara telah melantik saudara Zahir untuk menguruskan hal penyediaan banner
  • Souvenier
Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menyediakan cenderahati istimewa bagi setiap ex-terendak yang hadir ke majlis reunion.
  • Alamat dan No Telefon
Diminta semua
ex-terendak yang telah bertukar alamat dan no telefon supaya menghubungi Sherry di sherrina_kl[at]yahoo[dot]com untuk memaklumkan alamat dan no telefon yang baru.

  • Tarikh tutup pembayaran
Tarikh akhir pembayaran yuran ialah 1 Oktober 2007. Adalah digalakkan anda membayar secara ansuran sehingga 1 Oktober bagi mengelakkan beban membayar sekaligus. Maklumat pembayaran adalah seperti berikut:

Akaun: Maybank
Nama: Iskandar Syahril
No Akaun: 162263157531
Setelah membuat pembayaran, sila sms kpd 019-
558 0515

Sila jelaskan yuran secepat yang mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30pm

Disediakan Oleh,
Sharifah Sharina Syed Aswad (Sherry)

Monday, August 20, 2007

Minit 19 Ogos 2007

MINIT MESYUARAT MAJLIS REUNION 2007
EX-MRSM TERENDAK 93/97
Bil. 4 (kalau tak silap)

Tarikh: 19 Ogos 2007
Masa: 4.30 pm
Tempat: Restoran Syed Bistro, Kelana Jaya

Kehadiran:

1. Mohd Zahiruddin
2. Iskandar Syahril
3. Mohd Zaky Aziz
4. Mohd Adzli Mohd Bari
5. Ezwan Khairi
6. Irman Ariff Abdul Rahman
7. Luqman Hakim Ahmad
8. Muhammad Hakim Al-Mustakim


AGENDA


Kutipan Yuran
Kutipan yuran setakat ini ialah RM 1,729 dimana 6 orang telah membayar penuh sebanyak RM120 seorang. Semua ahli diminta melunaskan yuran RM10 sebulan secepat mungkin untuk mengelakkan bebanan membayar secara lump sum.

Tarikh Reunion.
Telah dipersetujui sebulat suara bahawa tarikh reunion akan diadakan pada 10 November 2007 iaitu pada hari Sabtu. Perbincangan mengenai masa aktiviti ada dilaksanakan. Pengisian aktiviti akan di bincangkan kemudian.

Penentuan Tempat Reunion
Perbincangan menentukan tempat telah diadakan. Beberapa ahli telah diberi tanggungjawab bagi mencari sebut harga bagi beberapa tempat yang di kenal pasti:
  1. Hafizzul Hashimi - Hotel Palm Garden, Putrajaya
  2. Hakim dan AD - Kawasan Port Dickson, N9
  3. Ezwan Khairi - A' Famosa, Melaka
  4. Zahir - Sekitar KL (Sunway Lagoon, DSB)
Kutipan Yuran
Beberapa orang ahli telah membayar yuran pada mesyuarat kali ini. Kutipan ssebanyak 50% daripada jumlah kutipan RM120 akan dilakukan di dalam bulan Ogos dan September bagi penentuan
kehadiran.

Mesyuarat seterusnya akan di langsungkan di rumah Iskandar Syahril (38, Jalan Seri Putra 3/F, Bandar Seri Putra) pada 26hb Ogos 2007 (Ahad) jam 5 petang. Semua ahli di jemput hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Disediakan Oleh,
Iskandar Syahril Ibrahim Sukri

Thursday, August 16, 2007

Reunion: Mesyuarat AJK

Dengan ini dimaklumkan mesyuarat reunion akan diadakan seperti berikut:
Hari: Ahad
Tarikh: 19 Ogos 2007
Masa: 3.00 petang
Lokasi: Syed Bistro, Seksyen 7, Kelana Jaya
Semua AJK diwajibkan hadir dan rakan-rakan yang lain dijemput hadir.
Tolong bawak bersama maklumat yang telah anda kumpul untuk
dibentangkan semasa mesyuarat nanti.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 14, 2007

Walimatulurus - NORASRANI (Nani)

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

NORASRANI BINTI RAMLI
&
YUDHAS DULLIYAH BIN ABDULLAH

Assalamualaikum. ....

Kepada semua TERENDAKIANS. ....

Saya ingin menjemput semua member-member batch 93 - 97 ke majlis perkahwinan saya pada:

PIHAK PEREMPUAN:

TARIKH : 1 SEPTEMBER 2007 (SABTU)
ALAMAT : 535, JALAN NILAM, TAMAN NILAM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

PIHAK LELAKI:

TARIKH : 8 SEPTEMBER 2007 (SABTU)
ALAMAT : NO 22, LORONG IM 2/26, INDERA MAHKOTA 2, 25200 KUANTAN PAHANG...

Terima kasih......
NORASRANI BINTI RAMLI (sriselendang[at]yahoo[dot]com)