Monday, March 15, 2010

Terkini Ansara Terendak

Salam 1Terendak,

1. Gempur Menara Gading 2010 yg akan diadakan pada 3 & 4 April 2010 di MRSM Terendak merupakan program tahunan anjuran Ansara Terendak dimana bekas pelajar MRSM Terendak yang kini menuntut di pelbagai IPTA dan IPTS akan kembali ke maktab untuk berkongsi pengalaman menuntut di menara gading dalam pelbagai bidang dan jurusan.

Career Talk yg turut diadakan pada waktu yg sama diadakan setiap tahun membolehkan para pelajar di maktab didedahkan dengan pelbagai kerjaya yang ada di luar sana. Ceramah kerjaya akan diberikan oleh bekas-bekas pelajar MRSM Terendak yang kini telah bekerja dalam pelbagai bidang.

Kita masih memerlukan Terendakian yg kini belajar di IPT dalam pelbagai jurusan untuk berkongsi pengalaman dlm program GMG manakala Terendakian yg telah bekerja dalam pelbagai bidang diperlukan untuk berkongsi pengalaman dalam bidang pekerjaan mereka.

Untuk info lanjut dan menyertai, sila hubungi Fairuz Mohamad di jcf7589@rocketmail.com atau layari www.extdk.net

2. Kempen Kemaskini Data Ex-MRSM Terendak. Kempen ini diadakan untuk mengemaskini dan mengumpul semula data terkini semua bekas pelajar MRSM Terendak.

Sila ke http://tinyurl.com/terendakform untuk mengisi maklumat terkini anda.

3. Dalam musim cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini, surau maktab kesayangan kita menjadi lebih panas daripada biasa. Oleh itu, maktab berhasrat untuk memasang penghawa dingin bagi menyejukkan dalaman surau.

Ansara Terendak melancarkan Tabung Penghawa Dingin Utk Surau Al-Isyraq MRSM Terendak. Salurkan sumbangan anda ke:

Bank:CIMB
Nama Akaun: Persatuan Bekas Pelajar MRSM Caw Terendak
No akaun: 14120005831051.

Sila beri nama anda kepada abg Mantoi di mantoi@yahoo,com utk rekod. Marilah sama merebut peluang beramal untuk surau maktab kita sendiri.

"sumbangkanlah walaupun hanya sepuluh sen untuk kemudahan adik-adik dan guru-guru di maktab kesayangan kita"Sila sebarkan kpd Terendakian lain.

4. Untuk maklumat terkini program anjuran Ansara Terendak, layari www.extdk.net