Wednesday, November 02, 2011

Ebook Percuma

E-book percuma di tulis oleh seorang rakan kita (Cik Sherry)
Dapatkan ebook ini melalui http://www.hellosolution.asia/ebook.html. Semoga lebih ramai lagi antara kita yang dapat menghasilkan ebook-ebook seperti ini.

Tuesday, August 23, 2011

Sampul Duit Raya ANSARA Terendak


Harap dapat sokongan ramai kerana keuntungan jualan ini akan masuk dlm tabung Ansara Terendak juga untuk program2 akan datang. Ini juga sebahagian drpd inisiatif utk menambah dana dalam tabung. Takkan asik nak collect donation aje kan. So, marilah support ramai-ramai kerana dgn membeli produk ini, hasilnya masuk ke tabung utk program2 kita juga. Kalau anda amik di bank, mmg lah free tapi takde bawa sumber pada tabung kita. MOHON SOKONGAN ANDA

RM 25 untuk 50 keping dan RM 45 untuk 100 keping.. hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung ANSARA Terendak

Bayaran ke akaun:
Bank: CIMB
Nama: Per Bekas Pelajar MRSM Caw Terendak
No Acc: 14120005831051
Email: fizahamzah[at]yahoo.com (Nurfiza Emilina)

Thursday, August 18, 2011

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan bekas pelajar MRSM Terendak PMR '95/SPM '97... Diam tak diam sudah lebih 14 tahun kita meninggalkan Maktab. Banyak kenangan dan peristiwa di maktab.

Bagaimana dengan ramadhan 2011? Nak buat Iftar tak?

Thursday, April 21, 2011

Majlis Makan Malam Terima Kasih Cikgu 2011

Meraikan semua guru dan bekas guru MRSM Terendak yang telah mendidik kita daripada batch pertama hingga terkini. Bersempena dengan sambutan Hari Guru 2011.

Mengumpulkan semua guru dan bekas guru MRSM Terendak. Semua bekas pelajar MRSM Terendak dijemput menyertai.

Harga Tiket: RM100 (ex-student / spouse / kawan / DLL)... RM20 (kanak-kanak 12-18 tahun)
Tarikh: 16 Mei 2011 (Isnin)-esoknya tu public holiday
Masa: 8.00pm-11.00pm
Lokasi Program: PWTC, KL

PEMBAYARAN ke:

No Akaun CIMB: 14120005831051
Nama Akaun: Persatuan Bekas Pelajar MRSM SeMalaysia Cawangan Terendak
Bendahari: Bro Mantoi


pls email your details: name, brp ticket beli to mantoi[at]yahoo.com dan emailkan bukti pembayaran kepada beliau.

Dress Code: Mengikut warna rumah sukan masing2. Maknanya malam itu kita akan lihat 4 warna pakaian sahaja iaitu merah, hijau, kuning dan biru. Pakaian adalah smart casual. Sopan amat diutamakan.

Terendakian juga SANGAT dialukan untuk menaja tiket cikgu dan penginapan cikgu. Harga tiket cikgu ialah RM100 dan penginapan pula ialah RM200 satu malam (Hotel Legend, KL) Jika mahu menaja guru, sila maklumkan kepada Mantoi semasa pembayaran

Notis MAT 2011

Photobucket

Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera,

Semua Ahli ANSARA Terendak,

Saudara/saudari yang dihormati,

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN (2011) ANSARA CAWANGAN KEM TERENDAK SESI 2009/2011

Assalamualaikum Warahmatullah dan Selamat Sejahtera.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ANSARA Cawangan Kem Terendak akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 7hb MEI 2011
Tempat : Bilik Pangkor, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KUALA LUMPUR
Masa : 9.30 A.M.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Borang Maklumbalas yang mengandungi Borang Usul Mesyuarat serta Borang Cadangan Ahli Jawatankuasa Sesi 2011/2013. Sila Kembalikan borang ini kepada kami sebelum 1hb Mei 2011 melalui emel iskandarsis[at]gmail.com atau faks ke 603-2094-2303.

4. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian. Wassalam.

Yang menjalankan tugas,

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri
Setiausaha
ANSARA Terendak
Sesi 2009/2011
http://extdk.net/