Tuesday, November 06, 2007

Maklumat Lengkap Majlis Reunion


Maklumat Lengkap Majlis Reunion
Assalammualaikum,

Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan Majlis Reunion ex-MRSM Terendak PMR95/SPM97.

Tarikh: 10 November - 11 November 2007
Lokasi: Glory Beach Resort, Port Dickson.
Tema: Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2007

Bayaran:
ex-terendakz - RM 165
spouse - RM 130

Sumbangan ke tabung boleh dibuat ke akaun Maybank (Iskandar Syahril) - 162263157531. Sila maklumkan melalui email (iskandarsis@ yahoo.com) atau sms (019-5580515) setelah membuat pembayaran.

Aturcara Program:

10 November 2007

3.oopm: Pendaftaran di Lobi hotel (kaunter pendaftaran dibuka sehingga 5pm). Anda akan diberikan goody bag, sticker kereta MRSM Terendak, buku aturcara serta booklet maklumat ex-MRSM Terendak.

4.oopm - 7.00pm:
Free and easy (rujuk laman web Glory Beach Resort untuk mengetahui kemudahan dan permainan yang disediakan)

8.00pm: Majlis Makan Malam di dewan utama.
Semua hadirin DIWAJIBKAN berpakaian baju melayu dan sampin (lelaki) dan baju kurung/kebaya (perempuan) supaya bersesuaian dengan tema sambutan Hari Raya. Sila daftar nama anda di kaunter pendaftaran di dewan nanti dan bawa bersama no cabutan yang tertera pada buku aturcara.

Ucapan akan diberikan oleh Presiden Program Reunion (Saudara Zahir) dan bekas ketua pelajar MRSM Terendak 97 (Saudara Iskandar)

Konsep makan malam adalah BBQ buffet. Antara juadah adalah ayam panggang, kambing panggang, udang panggang, nasi goreng cina, spaghetti, rojak, coselaw, mushroom soup, sotong bakar, kari ayam, pudding, jelly, kek dan minuman danbanyak lagi.

Sambil anda menikmati hidangan serta berbual-bual dengan rakan yang dah 10 tahun tak jumpa, anda akan dibawa mengimbau kembali kenangan di zaman persekolahan melalui slideshow presentation. Dua permainan akan turut dijalankan iaitu Sama Tidak Serupa dan Cuba Teka. Hadiah menarik disediakan untuk pemenang.

Di akhir program, sesi fotografi akan dijalankan.

11.30pm: Majlis Bersurai. Free and easy.


11 November 2007

8.30 am: Sarapan pagi di dewan utama (tempat yg sama spt BBQ)

10.00am: Acara Pantai iaitu beach volley (bagi yang nak menyertai sila daftar dengan saudara Iskandar) serta free and easy (rujuk website utk aktiviti)

11.00: Sesi fotografi beramai-ramai

11.30am:
Berkemas untuk pulang

12.00 pm:
pendaftaran untuk check-out


Maklumat lanjut:

*Budget untuk reunion ini adalah sangat tight kerana pada asalnya ia bukan hendak diadakan di luar KL. Tapi atas cadangan2 yang diusulkan, maka dilakukan juga di PD pada kadar budget yang sama. Pihak urusetia telah bertungkus lumus mendapatkan tempat dan makanan pada kadar yang mampu dengan budget. Oleh itu diharapkan agar semua dapat menyelesakan diri walaupun agak sempit. Orang bujang yang ingin lebih keselesaan boleh mengambil bilik bujang bersama apartment keluarga jika mahu.

Dengan budget yang sangat kecil ini, pihak urusetia berharap hadirin akan sedia maklum dengan persiapan serba sedikit yang mampu kami lakukan. Sebarang kekurangan, harap dimaafkan. Untuk reunion akan datang, pasti yuran yang lebih besar (kene le mula menyimpan lebih awal ye) akan dikenakan supaya anda berasa lebih selesa dan makanannya lebih hebat. Mungkin di hotel 5 bintang :)

* Aparment 3 bilik tidur akan disediakan yang boleh memuatkan 3 keluarga. Bagi yang mempunyai anak lebih dari seorang digalakkan membawa toto untuk keselesaan. Orang bujang juga digalakkan membawa sleeping bag / toto kerana katil tidak cukup.

* Apartment menyediakan kemudahan peti sejuk, tv, air-cond dll. Rujuk laman web utk info lanjut.

* Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat letak kereta percuma, wi-fi, kolam renang, sukan air dan banyak lagi. Bagi yang hendak menggunakan kolam renang perlu membawa pakaian yang sesuai.

* Pendaftaran masih dibuka sehingga 3 hari sebelum program.

* Keselamatan anda dan keluarga adalah tanggungjawab anda sendiri.Jika ada sebarang masalah boleh berhubung dengan saya, Shema Afifi dan Iskandar Syahril.

* Untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya + reunion, semua ex-Tdk DIWAJIBKAN membawa satu hadiah yang telah dibalut (nilainya terpulang pada anda sendiri, ikut keikhlasan hati dan kemampuan poket). Hadiah ini akan dikumpulkan dan ditukar semasa majlis makan malam nanti (ex-5B1 tentu ingat kan, kita penah buat masa jamuan kelas). Pastikan hadiah anda berbalut.

Lokasi Glory Beach Resort:

Sila rujuk peta di Blog Terendak 97 (http://terendak97. blogspot. com )
Laman web Glory Beach Resort: https://www. glorybeachresort .com

How to reach Glory Beach Resort from Seremban Highway:
1 . Get into Seremban Highway
2 . Pass Nilai exit...1st Seremban/Labu exit....and when you see the signboard saying Seremban/Port Dickson, turn into the exit
3 . After the toll... there will be a T junction where to the left is Seremban and right is Port Dickson. Turn to the right
4 . Go along the main road and you'll reach to Seremban - Port Dickson Highway toll
5 . After the toll, go along the highway until you reach a sign " Lukut" turn left to exit the highway
6 . Once you reach the T junction, turn to the right and go along the road about 5 ~ 6 km away...Glory Beach Resort is along the main road on the right

By Road
From Seremban - 20 minutes
From KLIA - 40 minutes
From Kuala Lumpur - 1 hour
From Malacca - 1 hour
From Singapore - 3 hours 30 minutes

Untuk segala pertanyaan atau cadangan, boleh diajukan pada saya (013-384 3484), Shema Afifi (013-634 8917) atau Iskandar (019-558 0515).

No comments: