Thursday, October 25, 2007

Maklumat Lengkap Majlis Reunion

Assalammualaikum,

Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan Majlis Reunion ex-MRSM Terendak PMR95/SPM97.

Tarikh: 10 November - 11 November 2007
Lokasi: Glory Beach Resort, Port Dickson.
Tema: Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2007

Bayaran:
Bayaran RM120 dan RM80 sebelum ini telah selamat di terima.

Bagaimanapun, kos semua bukanlah sebanyak itu ianya lebih... dan oleh kerana ada beberapa kawan-kawan kita yang telah menghulurkan derma / sponsor... daripada extra RM5 hinggalah RM380...

Oleh yang demikian,

sesiapa yang mahu turut serta sebelum esok (JUMAAT, 26 OKTOBER 2007, 12.00 tengahari) boleh guna butiran:

ex-terendakz - RM 140
spouse - RM 100

Selepas daripada tarikh itu (JUMAAT, 26 OKTOBER 2007, 12.00 tengahari) boleh guna butiran;

ex-terendakz - RM 165
spouse - RM 130

ini adalah nilai yang di bayar tanpa apa-apa tanggungan dan sponsorship daripada kekawan.

Terima kasih,

Sumbangan ke tabung boleh dibuat ke akaun Maybank (Iskandar Syahril) - 162263157531. Sila maklumkan melalui email (iskandarsis@ yahoo.com) atau sms (019-5580515) setelah membuat pembayaran.

Aturcara Program:

10 November 2007

3.oopm: Pendaftaran di Lobi hotel (kaunter pendaftaran dibuka sehingga 5pm). Anda akan diberikan goody bag, sticker kereta MRSM Terendak, buku aturcara serta booklet maklumat ex-MRSM Terendak.

4.oopm - 7.00pm: Free and easy (rujuk laman web Glory Beach Resort untuk mengetahui kemudahan dan permainan yang disediakan)

8.00pm: Majlis Makan Malam di dewan utama.
Semua hadirin diwajibkan berpakaian baju melayu dan sampin (lelaki) dan baju kurung/kebaya (perempuan) supaya bersesuaian dengan tema sambutan Hari Raya. Sila daftar nama anda di kaunter pendaftaran di dewan nanti dan bawa bersama no cabutan yang tertera pada buku aturcara.

Ucapan akan diberikan oleh Presiden Program Reunion (Saudara Zahir) dan bekas ketua pelajar MRSM Terendak 97 (Saudara Iskandar)

Konsep makan malam adalah BBQ buffet. Antara juadah adalah ayam panggang, kambing panggang, udang panggang, nasi goreng cina, spaghetti, rojak, coselaw, mushroom soup, sotong bakar, kari ayam, pudding, jelly, kek dan minuman danbanyak lagi.

Sambil anda menikmati hidangan serta berbual-bual dengan rakan yang dah 10 tahun tak jumpa, anda akan dibawa mengimbau kembali kenangan di zaman persekolahan melalui slideshow presentation. Dua permainan akan turut dijalankan iaitu Sama Tidak Serupa dan Cuba Teka. Hadiah menarik disediakan untuk pemenang.

Di akhir program, sesi fotografi akan dijalankan.

11.30pm: Majlis Bersurai. Free and easy.


11 November 2007

8.30 am: Sarapan pagi di dewan utama (tempat yg sama spt BBQ)

10.00am: Acara Pantai iaitu beach volley (bagi yang nak menyertai sila daftar dengan saudara Iskandar) serta free and easy (rujuk website utk aktiviti)

11.00: Sesi fotografi beramai-ramai

11.30am: Berkemas untuk pulang

12.00 pm: pendaftaran untuk check-out


Maklumat lanjut:

* Aparment 3 bilik tidur akan disediakan yang boleh memuatkan 3 keluarga. Bagi yang mempunyai anak lebih dari seorang digalakkan membawa toto untuk keselesaan.

* Apartment menyediakan kemudahan peti sejuk, tv, air-cond dll. Rujuk laman web utk info lanjut.

* Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat letak kereta percuma, wi-fi, kolam renang, sukan air dan banyak lagi.

* Pendaftaran masih dibuka sehingga 3 hari sebelum program dengan bayaran tambahan RM20 seorang.

* Keselamatan anda dan keluarga adalah tanggungjawab anda sendiri.Jika ada sebarang masalah boleh berhubung dengan saya, Shema Afifi dan Iskandar Syahril.

* Untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya + reunion, semua ex-TDK diwajibkan membawa satu hadiah yang telah dibalut (nilainya terpulang pada anda sendiri, ikut keikhlasan hati dan kemampuan poket). Hadiah ini akan dikumpulkan dan ditukar semasa majlis makan malam nanti (ex-5B1 tentu ingat kan, kita penah buat masa jamuan kelas). Pastikan hadiah anda berbalut.

Lokasi Glory Beach Resort:

Sila rujuk peta di Blog Terendak 97 (http://terendak97.blogspot.com)
Laman web Glory Beach Resort: https://www.glorybeachresort.com

How to reach Glory Beach Resort from Seremban Highway




1 . Get into Seremban Highway
2 . Pass Nilai exit...1st Seremban/Labu exit....and when you see the signboard saying Seremban/Port Dickson, turn into the exit
3 . After the toll... there will be a T junction where to the left is Seremban and right is Port Dickson. Turn to the right
4 . Go along the main road and you'll reach to Seremban - Port Dickson Highway toll
5 . After the toll, go along the highway until you reach a sign " Lukut" turn left to exit the highway
6 . Once you reach the T junction, turn to the right and go along the road about 5 ~ 6 km away...Glory Beach Resort is along the main road on the right

By Road
From Seremban - 20 minutes
From KLIA - 40 minutes
From Kuala Lumpur - 1 hour
From Malacca - 1 hour
From Singapore - 3 hours 30 minutes

Untuk segala pertanyaan atau cadangan, boleh diajukan pada saya (013-384 3484), Shema Afifi (013-634 8917) atau Iskandar (019-558 0515).


Terima kasih.

Jumpa di Majlis Reunion MRSM Terendak 95/97 di Port Dickson nanti!!!

No comments: