Monday, July 02, 2007

MINIT MESYUARAT MAJLIS REUNION 2007

MINIT MESYUARAT MAJLIS REUNION 2007
EX-MRSM TERENDAK 93/97

Tarikh: 1 Julai 2007
Masa: 5.30 pm
Tempat: Restoran Syed Bistro, Kelana Jaya

Kehadiran:

1. Iskandar Syahril
2. Mohd Zahiruddin
3. Mohd Zaky
4. Amy
5. Shima Afifi dan suami
6. Maidin
7. Luqman Hakim
8. Mohd Idzuan
9. Wan Ade Razman
10. Ezwan Khairi
11. Sharifah Sharina


AGENDA


Kutipan Yuran

Kutipan yuran setakat ini ialah RM 1380 dimana 5 orang telah membayar penuh sebanyak RM120 seorang. Semua ahli diminta melunaskan yuran RM10 sebulan secepat mungkin untuk mengelakkan bebanan membayar secara lump sum.

Tarikh Reunion.

Telah dipersetujui sebulat suara bahawa tarikh reunion akan diadakan pada 10 November 2007 iaitu pada hari Sabtu.

Penentuan Tempat Reunion

Perbincangan menentukan tempat telah diadakan. Beberapa cadangan seperti mengadakan di restoran di KL, hotel di KL dan juga hotel di Port Dickson. Walaubagaimanapun lokasi masih belum dapat ditentukan lagi.

Operasi Menghubungi Ahli

Pembahagian tugas telah dijalankan diantara 11 orang yang menghadiri mesyuarat hari ini untuk menghubungi kesemua 152 ahli yang terdapat didalam database pelajar setakat ini untuk mendapatkan maklumat berhubung reunion yang bakal diadakan.

Kutipan Yuran

Beberapa orang ahli telah membayar yuran pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.30 petang.

Disediakan Oleh,
Sharifah Sharina Syed Aswad

No comments: