Monday, November 20, 2006

Report Gatering Raya 2006

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera,

Pertamanya, terima kasih kepada yang hadir pada gathering raya 2006. Alhamdulillah kehadiran amat-amat memberangsangkan. Ini menjadikan majoriti kehadiran berkobar-kobar hendak membuat program-program gathering lagi. Bagaimanapun beberapa kelemahan boleh dikemasikini pada masa-masa akan datang.

OK, gathering Raya 2006 telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM380 daripada 30 orang. Terima kasih banyak-banyak kepada yang membawa kuih muih, buah-buahan, murtabak, air dsb. Bagaimanapun perbelanjaan hanya melibatkan RM270. Oleh itu baki kewangan gathering akan dimasukkan kepada akaun batch sekiranya sehingga 6 petang hari Rabu - 22 November 2006 tiada ahli-ahli yang menuntut (claim) yang munasabah dan disokong oleh hadirin...

Insya-Allah, kepada mereka-mereka yang meminta saya sampaikan salam dan pesanan telah disampaikan.

Gathering raya juga sempat diperbincangkan beberapa perkara dan diminta diperpanjangkan bagi kepuasan bersama:

  1. Kutipan RM10 setiap bulan daripada setiap ahli akan bermula Januari 2007. Ini bagi mengurangkan beban kewangan individu daripada minta pembayaran RM100++ sekali gus.
  2. Gathering akan cuba diteruskan setiap bulan. Dan pada bulan Disember 2006 atau Januari 2007, perancangan gathering adalah di Port Dickson, N9. Insya-Allah komitee akan cuba berhubung dengan ahli-ahli di N9 dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Negeri-negeri lain akan menyusul dan komitee berharap ada volunteer di kawasan-kawasan lain bagi penganjuran gathering.
  3. Mohon ahli melihat Fail Kewangan (Excel) di dalam bahagian Fail di http://groups.yahoo.com/group/terendakz. Lengkapkan maklumat peribadi anda bagi komitee menghantar makluman-makluman berkenaan program yang terkini. Komitee akan cuba menghantar kad jemputan Reunion 10yrs. Mohon kerjasama memberi maklumat rakan-rakan yang lain yang dapat anda hubungi.

OK, perkara lain.... Tuan Presiden akan menghantar laporan lengkap. Gambar-gambar akan disusuli oleh mereka-mereka yang membawa kamera.

Terima kasih,
Iskandar Syahril Ibrahim Sukri

No comments: