Tuesday, October 11, 2005

Salam Ramadhan

walaupun dah masuk hari keTUJUH kita berpuasa... tapi aku nak share gak...

Persediaan kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1426Hijrah.
'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK'

Sejarah Ramadhan

  1. Ramadhan: ertinya panas terik
  2. Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
  6. Di pilih untuk ibadat puasa.
  7. Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
  1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
  2. Bulan penuh keberatan
  3. Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
  4. Amal sunat sama dengan solat fardhu
  5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  7. Bulan menambah rezeki
  8. Memberi buk! a banyak pahala
  9. Bulan keampunan
    - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
    - juga doa pada sepertiga malam.
  10. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
    10 hari pertengahan - pengampunan,
    10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan
  3. Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
  7. Solat berjemaah setiap waktu
  8. Solat jemaah di masjid/surau
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  10. Sahur diwaktu akhir
  11. Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  12. Mandi Janabat sebelum Imsak
  13. Kurangkan tidur
  14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  15. Tunaikan Solat Dhuha
  16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  17. Tunaikan solat Rawatib
  18. Jaga pacaindera
  19. Elakkan gosok gigi pd waktu petang
  20. hadiri majlis ilmu
  21. Buat baik pd ibubapa
  22. Isteri hendaklah taat pd suami
  23. Banyakkan bersedekah
  24. Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  25. Berbuka bersama org tua
  26. Jemput tetamu berbuka
  27. Kurangkan berat badan
  28. Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  29. Baiki hubungan suami isteri
  30. Baiki hubungan jiran
  31. Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
  32. Elakkan berbelanja berlebihan
  33. Kuatkan kesabaran
  34. Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  36. Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
  37. Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
  39. Berdoa dgn nada lembut dan merayu
  40. Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
  41. Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
  42. Melazimkan solat waktu
  43. Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
  44. Elakkan banyak berhutang
  45. Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  46. Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

  1. Kepada Orang Tua Lemah
    Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar
  2. Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
    - Baca ayat akhir surah Al Baqarah
    - Baca ayat Kursi
    - Baca surah Yaasin
    - Baca surah Al Zalazah
    - Baca surah Al Qafirun
    - Baca surah Al Ikhlas
  3. Bagi orang yang kuat dan cergas
    - Bangunkan isteri dan anak
    - Mandi
    - Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
    - Tarikh turunnya Al Quran
    - Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan,

Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir.

Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar.

Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka

Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan
kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll).

Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam

No comments: