Monday, April 11, 2005

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANSARA TERENDAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Ansara Terendak (Persatuan Berdaftar untuk xtdk dan semua alumni MRSM Terendak) akan menganjurkan

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ke Empat (4)
pada 15 Mei (5) 2005
jam 3 ptg
bertempat di Putra World Trade Center (PWTC).

Dengan ini adalah dijemput kesemua bekas pelajar MRSM Terendak untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ini.

Agenda Mesyuarat :

3.00 ptg Mesyuarat bermula.
Kata Aluan dari Ketua Cawangan Ansara Terendak, Saudara Azmi Mahamad.
3.15 ptg Pembentangan laporan aktiviti Ansara Terendak bagi tahun 2004.
3.40 ptg Pembentangan laporan kewangan Ansara Terendak bagi tahun 2004.
4.00 ptg Pembubaran Ahli Jawatankuasa Ansara Terendak Sesi 2003/2005.
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Ansara Terendak bagi Sesi 2005/2007.

Jawatan yg dipertandingkan:

Ketua Cawangan
Naib Ketua Cawangan
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa (5)

4.30 ptg Cadangan dan Usul Perangcangan aktiviti Ansara Terendak bagi tahun 2005/2006
5.00 ptg Majlis Berakhir dan Jamuan Ringan.

Pihak Ahli Jawatankuasa ingin mengambil peluang ini untuk menjemput setiap 'batch' untuk mencalonkan sekurang-kurangnya 2 wakil untuk bertanding bagi jawatan di atas. Pencalonan dan pemilihan akan dilakukan semasa MAT dengan kehadiran calon.

Kami juga meminta jasa baik setiap batch untuk memaklumkan kepada kami alamat email yahoogroups batch masing-masing agar kami boleh memanjangkan notis ini secara teratur. Segala makluman boleh disalurkan ke ridzuan@mmcogel.com.my dan abhamzah@streamyx.com dan shireen70@hotmail.com untuk tindakan lanjut selewat-lewatnya sebelum 24 April 2005.

Sekian, Terima Kasih.

Ridzuan Hamid
Bagi Pihak Setiausaha Cawangan.

No comments: