Saturday, October 05, 2024

Ansara Terendak Donation Drive

 Total of RM 50,000 is needed to carry out few maintenance job at MRSM Terendak which will be covering, but not limited to:

- Upkeep job for 30 classes (fan replacement, door repair, curtain job, painting)

- Wiring maintenance

- Painting job within MRSM Terendak Compound

- Expenses for “Mega Gotong Royong

The donation will be closed 18th October 2024. ANSARA Terendak would like to propose each batch to contribute RM1500 minimum (more is better of course). For corporate outfit, we will issue official receipt for tax exemption purposes.

GUNA ACCOUNT ISIS DULU YA, NANTI KITA TRANSFER LUMPSUM TO ACCOUNT ANSARA TERENDAK

*Pay to: Iskandar Syahril Ibrahim
Maybank 361145416797

Please reach out to any of our ANSARA Terendak Exco if you have further inquiries.

Let’s Do This!
From Terendak, To Terendak

Thursday, July 18, 2013

Al-Fatihah


Sempena ramadhan al-mubaraq, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat sahabat-sahabat kita yang pulang menemuinya terlebih dahulu:

Al-Fatihah

Friday, June 29, 2012

Alfatihah : Qarmal Safiin

20 Jun lalu Page ANSARA Terendak memaklumkan Qarmal di wad 2 intan. Baru ditransfer keluar wad icu tidak dengan bantuan mesin penafasan lagi tapi masih ada bantuan gas oksigen.


AL-FATIHAH kepada ARWAH sahabat kita Qarmal Safiin, semoga rohnye di kalangan org beriman.. Insyaallah.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin manyalurkan sumbangan kepada Arwah QARMAL, bolehlah menyulurkan sumbangan kepada isteri arwah, Fazila Razali (CIMB: 01250020844524)

Wednesday, November 02, 2011

Ebook Percuma

E-book percuma di tulis oleh seorang rakan kita (Cik Sherry)
Dapatkan ebook ini melalui http://www.hellosolution.asia/ebook.html. Semoga lebih ramai lagi antara kita yang dapat menghasilkan ebook-ebook seperti ini.

Tuesday, August 23, 2011

Sampul Duit Raya ANSARA Terendak


Harap dapat sokongan ramai kerana keuntungan jualan ini akan masuk dlm tabung Ansara Terendak juga untuk program2 akan datang. Ini juga sebahagian drpd inisiatif utk menambah dana dalam tabung. Takkan asik nak collect donation aje kan. So, marilah support ramai-ramai kerana dgn membeli produk ini, hasilnya masuk ke tabung utk program2 kita juga. Kalau anda amik di bank, mmg lah free tapi takde bawa sumber pada tabung kita. MOHON SOKONGAN ANDA

RM 25 untuk 50 keping dan RM 45 untuk 100 keping.. hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung ANSARA Terendak

Bayaran ke akaun:
Bank: CIMB
Nama: Per Bekas Pelajar MRSM Caw Terendak
No Acc: 14120005831051
Email: fizahamzah[at]yahoo.com (Nurfiza Emilina)

Thursday, August 18, 2011

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan bekas pelajar MRSM Terendak PMR '95/SPM '97... Diam tak diam sudah lebih 14 tahun kita meninggalkan Maktab. Banyak kenangan dan peristiwa di maktab.

Bagaimana dengan ramadhan 2011? Nak buat Iftar tak?

Thursday, April 21, 2011

Majlis Makan Malam Terima Kasih Cikgu 2011

Meraikan semua guru dan bekas guru MRSM Terendak yang telah mendidik kita daripada batch pertama hingga terkini. Bersempena dengan sambutan Hari Guru 2011.

Mengumpulkan semua guru dan bekas guru MRSM Terendak. Semua bekas pelajar MRSM Terendak dijemput menyertai.

Harga Tiket: RM100 (ex-student / spouse / kawan / DLL)... RM20 (kanak-kanak 12-18 tahun)
Tarikh: 16 Mei 2011 (Isnin)-esoknya tu public holiday
Masa: 8.00pm-11.00pm
Lokasi Program: PWTC, KL

PEMBAYARAN ke:

No Akaun CIMB: 14120005831051
Nama Akaun: Persatuan Bekas Pelajar MRSM SeMalaysia Cawangan Terendak
Bendahari: Bro Mantoi


pls email your details: name, brp ticket beli to mantoi[at]yahoo.com dan emailkan bukti pembayaran kepada beliau.

Dress Code: Mengikut warna rumah sukan masing2. Maknanya malam itu kita akan lihat 4 warna pakaian sahaja iaitu merah, hijau, kuning dan biru. Pakaian adalah smart casual. Sopan amat diutamakan.

Terendakian juga SANGAT dialukan untuk menaja tiket cikgu dan penginapan cikgu. Harga tiket cikgu ialah RM100 dan penginapan pula ialah RM200 satu malam (Hotel Legend, KL) Jika mahu menaja guru, sila maklumkan kepada Mantoi semasa pembayaran

Notis MAT 2011

Photobucket

Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera,

Semua Ahli ANSARA Terendak,

Saudara/saudari yang dihormati,

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN (2011) ANSARA CAWANGAN KEM TERENDAK SESI 2009/2011

Assalamualaikum Warahmatullah dan Selamat Sejahtera.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ANSARA Cawangan Kem Terendak akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 7hb MEI 2011
Tempat : Bilik Pangkor, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KUALA LUMPUR
Masa : 9.30 A.M.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Borang Maklumbalas yang mengandungi Borang Usul Mesyuarat serta Borang Cadangan Ahli Jawatankuasa Sesi 2011/2013. Sila Kembalikan borang ini kepada kami sebelum 1hb Mei 2011 melalui emel iskandarsis[at]gmail.com atau faks ke 603-2094-2303.

4. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian. Wassalam.

Yang menjalankan tugas,

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri
Setiausaha
ANSARA Terendak
Sesi 2009/2011
http://extdk.net/

Tuesday, July 06, 2010

Kempen derma darah Pra-Ramadhan 1431

Fakta : keperluan darah semasa musim perayaan (ramadhan & syawal) amat-amat mendesak... Walaupun setiap tahun di adakan ops sikap...


Mari sama-sama meringankan beban...

Maklumat lanjut : http://www.extdk.net

Location:Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju

Saturday, May 15, 2010

Monday, March 15, 2010

Terkini Ansara Terendak

Salam 1Terendak,

1. Gempur Menara Gading 2010 yg akan diadakan pada 3 & 4 April 2010 di MRSM Terendak merupakan program tahunan anjuran Ansara Terendak dimana bekas pelajar MRSM Terendak yang kini menuntut di pelbagai IPTA dan IPTS akan kembali ke maktab untuk berkongsi pengalaman menuntut di menara gading dalam pelbagai bidang dan jurusan.

Career Talk yg turut diadakan pada waktu yg sama diadakan setiap tahun membolehkan para pelajar di maktab didedahkan dengan pelbagai kerjaya yang ada di luar sana. Ceramah kerjaya akan diberikan oleh bekas-bekas pelajar MRSM Terendak yang kini telah bekerja dalam pelbagai bidang.

Kita masih memerlukan Terendakian yg kini belajar di IPT dalam pelbagai jurusan untuk berkongsi pengalaman dlm program GMG manakala Terendakian yg telah bekerja dalam pelbagai bidang diperlukan untuk berkongsi pengalaman dalam bidang pekerjaan mereka.

Untuk info lanjut dan menyertai, sila hubungi Fairuz Mohamad di jcf7589@rocketmail.com atau layari www.extdk.net

2. Kempen Kemaskini Data Ex-MRSM Terendak. Kempen ini diadakan untuk mengemaskini dan mengumpul semula data terkini semua bekas pelajar MRSM Terendak.

Sila ke http://tinyurl.com/terendakform untuk mengisi maklumat terkini anda.

3. Dalam musim cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini, surau maktab kesayangan kita menjadi lebih panas daripada biasa. Oleh itu, maktab berhasrat untuk memasang penghawa dingin bagi menyejukkan dalaman surau.

Ansara Terendak melancarkan Tabung Penghawa Dingin Utk Surau Al-Isyraq MRSM Terendak. Salurkan sumbangan anda ke:

Bank:CIMB
Nama Akaun: Persatuan Bekas Pelajar MRSM Caw Terendak
No akaun: 14120005831051.

Sila beri nama anda kepada abg Mantoi di mantoi@yahoo,com utk rekod. Marilah sama merebut peluang beramal untuk surau maktab kita sendiri.

"sumbangkanlah walaupun hanya sepuluh sen untuk kemudahan adik-adik dan guru-guru di maktab kesayangan kita"Sila sebarkan kpd Terendakian lain.

4. Untuk maklumat terkini program anjuran Ansara Terendak, layari www.extdk.net

Monday, December 28, 2009

Al-Fatihah Badrisham Abd Majid

mStar Online : Bapa Mertua Dan Menantu Mati Lemas Di Rantau Abang


KUALA TERENGGANU: Percutian tujuh sekeluarga dari Johor di Terengganu bertukar tragedi apabila seorang lelaki dan menantunya mati lemas ketika mandi di pantai Rantau Abang, Dungun hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi semasa Elias Ismail, 54, dan menantunya Badrisham Abd Majid, 29, serta anggota keluarga lain sedang mandi laut.
  1. mStar Online : Bapa Mertua Dan Menantu Mati Lemas Di Rantau Abang
  2. Utusan Malaysia Online - Terkini

Badrisham atau lebih dikenali sebagai Badwi merupakan kawan kita di MRSM Terendak daripada 1993-1995.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah agar arwah di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman, Insya-Allah

Monday, December 14, 2009

Buletin Ansara Terendak Edisi 6



Buletin Ansara Terendak 6 - Edisi November 2009 telah berada di pasaran. Jika anda sedang mencari kerja, ada maklumat didalam BAT yang mungkin berguna untuk anda. Ketahui perkembangan terkini di MRSM Terendak serta acara-acara anjuran Ansara Terendak sepanjang bulan November 2009.

Klik di SINI untuk download secara percuma atau baca secara online di Scribd Ansara Terendak

Thursday, October 29, 2009

Monday, September 28, 2009

BAT Bumper: Edisi 3 dan 4

BAT Edisi Bumper 3&4

Stop Calling 103 on Maxis

Letters
by Bernard Tan

If you are using Maxis network and please be alert that now the new charges for making 103 (TM Directory) was increased from 30 cents to RM2.00 per call.(extra of RM1.70 almost 700% jump).

I just found out from my maxis statement dated 21/6/08 today and i rang up the Maxis 123 and been told the new rate was started lately only and since I’m not aware of this new adjustment and they willing to waive it for this month but next month will be charging me based on the new rate (RM2.00 per call to 103).

Shocking right? The best part is everyone knew how ‘good’ service our TM directory can provide?? Most the time i need to call at least 2-3 times to get the number i looking for mean that one number i need to pay RM4.00 to RM6.00…OMG. …equal to one meal already…

So please pass this news to your maxis friends to alert them the new charges.

source : idhamlim.blogspot.com

Tuesday, September 08, 2009

WU Paidi

daripada emel Paidi [naie_enrichly{at}yahoo.com]

Salam,

Naieman (Paidi) dan Hazlina menjemput semua kawan-kawan Terendakz ke majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada:

Tarikh : 26 September 2009
Hari : Sabtu
Bertempat : Lorong Satu, Felda Bukit Goh, Kuantan, PAHANG

Semua dijemput....

Kad jemputan sila klik gambar di bawah....


Friday, July 31, 2009

Terendakz New Facelift

New layout.... please comment....